Syarikat akan berebut untuk mendapatkan pemandu-pemandu bagi memenuhi permintaan penumpang..
Atas sebab itu pastinya syarikat akan berlumba mencari yang terbaik bagi menawan hati pemandu ehailing supaya beroperasi dengan syarikat mereka.
Pemandu pula ada banyak pilihan untuk memilih maka cadangan saya pilihlah syarikat yang menyediakan potongan komisyen paling rendah atau tidak membebankan pemandu.
Setakat ini paling tinggi potongan komisyen 20% kerana itulah syarat paling tinggi yang dibenarkan oleh kerajaan..
Selain itu carilah syarikat ehailing yang ada bagi pinjaman kepada pemandu.. ini adalah kerana bukan mudah untuk membuat pinjaman di bank-bank tempatan dan jika ada pun syarat keterlaluan yang menyukarkan terpaksa dipatuhi terlebih dahulu.
Sebenarnya ada banyak kelebihan jika ada banyak syarikat ehailing namun untuk setakat anda nilailah sendiri mana satu syarikat yang anda wajar sertai.
Terima kasih
RA Ehailing.fm