MPV IPD Mersing Pantau kawasan Berisiko Banjir
MERSING: Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Mersing, JH 187 terdiri daripada Sjn Abdull Malek bin Sarujudin dan L/Kpl Amirul Ibrahim telah membuat pemantauan berterusan di beberapa kawasan berisiko dinaiki air ekoran hujan yang berpanjangan, antaranya sekitar Kampung Tenglu Besar, Kampung Air papan, Kampung Sawah Dato Mersing dan Jalan Kahang - Jemaluang
IPD Mersing menasihati orang ramai sentiasa waspada dan peka keadaan cuaca semasa terutamanya dikawasan-kawasan tanah rendah dan kawasan-kawasan yang mudah dinaiki air
Sekiranya memerlukan bantuan, boleh menghubungi Bilik Gerakan (DCC) IPD Mersing di talian 07 - 7993507 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.