Like this:

DBKL Sudah Buat Kerja?

Akhirnya....

DBKL SITA, KOMPAUN PREMIS, PENIAGA JALAN SILANG, MASJID INDIA, PETALING STREET

Kuala Lumpur, Jumaat 05 Januari 2024 -

Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang sekitar kawasan di Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India, Kuala Lumpur pada Khamis, 4 Januari 2024.

Operasi ini diketuai YBrs. TPj Noor Azman bin Mahlin Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama kekuatan 300 orang pegawai dan anggota Penguatkuasa DBKL.

Tindakan khas ini melibatkan pemeriksaan terhadap 110 aktiviti premis perniagaan, penjajaan, halangan kaki lima, pengendali / pembantu warga asing, gerai tanpa lesen, halangan lalulintas, iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing, kekotoran dan lain-lain kesalahan am yang berlaku.

Hasil Operasi Khas ini, 29 buah premis perniagaan telah diambil tindakan pindah peralatan yang melakukan kesalahan halangan tempat awam, premis dikendalikan warga asing dan 20 penjaja tanpa lesen telah dikenakan tindakan sita barangan termasuk 3 penjaja bukan warganegara.

DBKL turut mengeluarkan 25 Notis Penguatkuasaan Teknikal dan membuat tindakan serta merta meroboh struktur-struktur sambungan di premis perniagaan yang menggantung pelbagai aksesori di lorong, laluan dan jalan awam serta menurunkan iklan dan poster haram sekitar lokasi operasi.

Sejumlah 29 notis kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik premis perniagaan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya beroperasi tanpa lesen, menggajikan warga asing, struktur sambungan, halangan tempat awam, iklan tanpa kebenaran dibawah peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976, UUK Iklan (WPKL) 1982, UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

DBKL turut menunda 12 buah kenderaan, angkut 9 buah motosikal dan mengkompaun 45 buah kenderaan yang membuat pelbagai kesalahan halangan lalulintas menerusi Kaedah Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesemua barangan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras dan Depoh Kenderaan Ditunda Jalan Pahang untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi.

Tak Bayar Wang Perlindungan Ke

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading