Like this:

Kempen Grab Blackout 2.0

Himpunan 5.8.22 bakal berulang?

Malahan sudah tersebar di group FB dan Whatsapp bahawa akan ada tindakan balas daripada para rider phailing dan kali ini mungkin lebih besar daripada himpunan Grab Blackout 1.0 pada 5.8.22 yang lalu.

Ianya berpunca tindakan syarikat phailing menurunkan kadar upah asas daripada RM5.00 kepada RM4.00

Tindakan itu segera mengundang amarah para rider kerana di saat mereka mengharapkan kadar asas upah kembali ke paras RM7.00 tiba-tiba syarikat mencurahkan minyak ke dalam api.

Untuk setakat ini saya masih mengikuti perkembangan terbaru ini di beberapa group FB melibatkan golongan penghantar phailing.

Pihak Kementerian Pengangkutan yang diterajui oleh YB Anthony Loke Siew Fook adalah diharap dapat bertindak bertindak pantas sebelum gelora satu negara tercetus.

Isu kadar upah ini seringkali menimbulkan konflik diantara syarikat dengan penghantar.

Buat masa sekarang pihak penghantar terus mengharapkan kerajaan campur tangan secara serius tentang perkongsian ekosistem phailing yang termasuk di dalam gig ekonomi.

Sementara itu bagi saya isu ini segera mengingatkan saya tentang Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM yang menjadi harapan golongan penghantar phailing untuk membela nasib mereka telah dikatakan sebagai tidak jadi oleh mantan Menteri Sumber Manusia YB Sivakumar.

Jawapan Menteri Sumber Manusia pada masa itu sebenarnya membuatkan ratusan ribu penggiat gig kecewa kerana sebelum itu telah diperjelaskan bahawa SEGiM adalah wadah yang akan menjaga kebajikan para petugas phailing ini yang hingga kini seperti dianaktirikan..

Terima kasih

Rizal Adam Ehailing.fm

#grabfood #phailing #ehailing #segim

Kempen Grab Blackout

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading