Like this:

Parti Politik Mana Akan Berlakon Jadi Juara Industri Gig? Apa jadi dengan SEGiM?

Esok adalah satu tarikh keramat dalam Industri Gig di Malaysia bilamana para rider dan driver akan bersolidariti dan berhimpun demi untuk menegakkan hak-hak mereka. Esok adalah hari Grab Blackout 2.0.

1. Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM bertujuan untuk menyelesaikan pertindihan kepentingan di dalam industri gig ekonomi yang termasuk isu konflik penghantar phailing dengan syarikat phailing.

2. Malangnya SEGiM dikatakan tidak jadi oleh YB Sivakumar iaitu mantan Menteri Sumber Manusia.. maka masalah antara penghantar dengan syarikat dipercayai akan terus membusuk sehingga ke satu tarikh yang tidak pasti..

3. 19.1.23 bakal bergema lagi luahan rasa para rider phailing kerana kadar upah tidak sepadan dengan kerja mereka..

4. Luahan rasa tersebut bukan kali pertama tetapi sudah berkali-kali berlaku kerana tiada kementerian, tiada jabatan, tiada agensi yang benar-benar berkuasa untuk memuktamadkan sesuatu isu kerana pertindihan dengan pelbagai kementerian dan agensi.

5. Setelah konflik berlaku berkali-kali dan sehingga kini phailing tiada undang-undang khusus maka mereka yang menoktahkan SEGiM sebagai tidak jadi wajib memikul tanggungjawab bukan hanya pandai mengatakan SEGiM tidak jadi.

6. Phailing akan terus dicengkam oleh ketidakseimbangan perkongsian di dalam ekosistem phailing tersebut dengan nasib penghantar akan terus menjunam ke dasar keterpaksaan yang keterlaluan.

7. Parti politik pula lazimnya akan muncul mengambil kesempatan untuk mengadakan sidang media dan esok kita lihat parti politik mana yang akan muncul.. seterusnya dengarkan janji manis mereka seperti mana sebelum ini..

8. SEGiM wajar digerakkan semula penubuhan yang terbantut kerana saya amat yakin dan percaya SEGiM mampu memikul tanggungjawab untuk menyelia industri gig terutama phailing yang bergelora sekarang.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

_________________

#segim #ehailing #ehailingfm #phailing #segimtakjadi #ksm #mot

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading