Like this:

RM15000.00 DENDA LUMBA HARAM

Lumba Haram: Tak mahal dendanya RM15000.00 atau paling murah RM5000.00
______________

TANGKAPAN SEKSYEN 42(1) APJ 1987 .

Pada 21/01/2024 jam lebih kurang 2.00 pagi, sepasukan Pegawai dan Anggota dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hilir Perak telah menjalankan satu Operasi Samseng Jalanan di sekitar kawasan Teluk Intan. Semasa pemantauan di jalankan telah terima maklumat berlakunya satu aktiviti lumba haram di sekitar Jalan Changkat Jong Teluk Intan berhampiran Bazar Nenas.

Hasil dari Operasi yang di jalankan 1 tangkapan telah di buat ke atas (1)(L) Melayu berumur lingkungan 20 tahun. Tangkapan dilakukan kerana penunggang tersebut melakukan aksi " Wheelie dan melulu " dan seterusnya di bawa ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hilir Perak untuk tindakan selanjutnya . Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang di atas jalan awam dengan cara berbahaya dan melulu.

Pihak polis tidak sama sekali berkompromi dengan mana-mana salahlaku melibatkan pemanduan atau penunggangan. CEGAH SEBELUM PARAH.

Sekiranya didapati bersalah, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.

Lumba Haram

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading