Semacam ada persamaan tentang cara kedua-dua Dr muda ini meninggal dunia.
Dr Sinthumanthi dilapor hilang dan meninggal dunia pada 8.8.23.
Dr Moumita dilapor hilang pada 8.8.24 sehari sebelum ditemui meninggal dunia.
Kedua-duanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun pihak keluarga curiga dan mempertikaikan cara kematiannya.
Kematian Dr Sinthumanthi diragui oleh keluarganya kerana mereka menemukan gambar tompokan darah di atas katil, rumah kediamannya berselerak, kerongkong disumbat dengan plastik sampah dan kepala ditutup dengan plastik sampah.
Keluarga juga mengambil masa yang lama untuk dibenarkan melihat keadaan mayat dan pihak keluarga juga tertanya-tanya kenapa unit forensik tidak melakukan pemeriksaan di rumah Dr Sinthumanthi.
Sementara itu kisah Dr Moumita juga mengambil masa yang lama sebelum ahli keluarganya dibenarkan melihat anak perempuan mereka, mereka terkejut melihat keadaan Moumita yang terbaring tanpa ditutup. Kakinya berada dalam posisi sudut 90 darjah, menunjukkan dia mengalami kecederaan yang teruk di bahagian tulang pelvik.
Tidak cukup dengan itu, mayatnya ditemui bukan di dalam bilik seminar tetapi di bilik berhadapan bilik seminar yang sedang dalam pembinaan. Pendedahan ini menyebabkan keluarganya mempersoalkan punca utama kematian anak perempuan kesayangan mereka.
Lebih mengejutkan ialah Dr Moumita dipercayai telah dirogol oleh 20 orang lelaki dan kejadian bukan di tempat kerjanya sebaliknya di tempat pembinaan.