Like this:

Ada Rider Hilang Motorsikal Tak?

Suatu misteri berkisar kepada satu kes penemuan motosikal di dasar tasik Taman Tasik Bahau, Jempol di sini belum dalam dirungkai apabila pasukan penyelam bomba dan penyelamat tidak berjaya mengesan pemiliknya.

Pada jam 7 pagi tadi, pihak Bomba telah melancarkan operasi menyelam untuk mencari pemilik motosikal yang disyaki terjatuh ke dalam tasik tersebut.

Superintendan Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Jempol, menyatakan bahawa motosikal tersebut telah ditemui oleh seorang individu pada jam 6.30 pagi, yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Setelah berada di lokasi, anggota bomba dan penyelamat berhasil menaikkan motosikal model Honda EX5 ke tebing tasik pada jam 7 pagi. Walau bagaimanapun, usaha mencari pemilik yang disyaki terperangkap di dalam tasik itu tidak membuahkan keputusan.

Hoo menjelaskan bahawa semakan pada nombor plat motosikal tersebut tidak menunjukkan rekod kehilangan. Pihak polis kini berusaha untuk mengenal pasti pemilik asal motosikal tersebut.

Motor Siapa Ni

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading