Like this:

Adakah KK Mart mangsa sabotaj?

Ketua Polis Daerah Batu Pahat mengesahkan hanya 5 pasang stoking daripada 18800 pasang yang diperiksa mengandungi tulisan kalimah Allah..
walaupun siasatan penuh belum selesai namun kemungkinan KK Mart disabotaj juga tidak boleh diketepikan dengan begitu sahaja.

Malaysia yang merupakan negara majmuk amat mudah terperangkap dalam isu sensitif melibatkan agama dan kaum. Ini boleh dijadikan senjata oleh pihak tidak bertanggungjawab samada dari dalam mahupun luar negara untuk mengkucar-kacirkan negara kita.

Saya percaya tekanan terhadap KK Mart oleh pihak tertentu lebih kepada isyarat jelas kepada sesiapa juga supaya tidak lagi mencabar kesabaran umat Islam negara ini. Ini adalah kerana sebelum ini telah berlaku beberapa isu keterlalun menghina agama Islam namun ianya berakhir dengan permohonan maaf. Salah satu contoh ialah jemputan berbuka puasa dengan babi yang timbul beberapa waktu dulu.

Sebaiknya kita bertenang dan menunggu siasatan polis selesai sepenuhnya dan kemungkinan dalang sebenar bakal diketahui sebaik sahaja polis selesai menjalankan siasatan.

RA Ehailing.fm
20.3.24

Kkmart

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading