Like this:

Aider – EHO terbaharu Malaysia

Petang tadi sempat berbual seketika dengan syarikat ehailing Aider yang diwakili oleh pengasasnya En Steven Lee 24 tahun.

Pertemuan di Taipan USJ tersebut adalah untuk Ehailing.fm mendengar hala tuju Aider selepas ini..

Menurut En Steven mereka telah pun melancarkan applikasi Aider pada minggu lepas dan kini sedang giat untuk pengambilan pemandu bagi memenuhi permintaan pelanggan..

Apa yang menariknya ialah pemandu tidak dikenakan komisyen dan kadar tambang adalah mengikut kadar pasaran terkini iaitu pada kadar munasabah terhadap pengguna dan juga pemandu.

Menurut En Steven lagi buat masa ini mereka hanya beroperasi di Lembah Klang sahaja dan akan melebarkan ke seluruh Malaysia mengikut keperluan nanti.

Bagi menjamin permintaan pengguna untuk mendapat pemandu berjaya pihak Aider menyediakan pemandu yang bergaji basic dan bertugas mengikut syif masa yang ditetapkan oleh pihak Aider.

Sementara itu Ehailing.fm kemungkinan akan bekerjasama dengan Aider bagi merancakkan lagi sektor pengangkutan negara.

Majulah ehailing untuk negara..

RA Ehailing.fm

#ehailing#phailing#gig#pekerjabebas#freelancer#segim#kadartambangehailing#aider#teksi

Aider Meeting 01
Aider Meeting 02
Aider Meeting 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading