Like this:

Apa ada dengan ChatGPT-4o?

Beberapa kegunaan dan kelebihan ChatGPT-4o

(o = omni/omnipresent)

1. Bantuan secara visual, boleh gunakan kamera untuk membolehkan ChatGPT melihat. Anda boleh tanya dia soalan berdasarkan apa yang ChatGPT 'nampak' secara LIVE.

2. Bantu belajar secara LIVE. Sangat berguna untuk pelajar dan ibu bapa. Kalau ada yang tak faham, boleh terus tunjuk pada ChatGPT dan minta dijelaskan dengan mudah.

3. Jadi penterjemah secara LIVE. Sesuai kalau anda pergi ke negara yang tidak bertutur bahasa Inggeris seperti Jepun.

4. Boleh digunakan sebagai pembantu semasa mesyuarat. Anda boleh suruh dia rekod minit mesyuarat dll. (cuma pastikan nesyuarat adalah dalam bahasa Inggeris)

5. Anda boleh sampuk / kacau ChatGPT-4o semasa dia tengah bersembang. Tak perlu tunggu sampai dia habis cakap 🙂

6. Anda boleh suruh dia edit gambar contohnya nak suruh tambah teks pada sesuatu gambar.

7. Sekiranya anda menggunakan ChatGPT-4o dalam mesyuarat, ia boleh menghassilkan nota mesyuarat berdasarkan apa yang dicakap oleh setiap peserta mesyuarat tu. Dia tahu bezakan siapa yang bercakap.

8. ChatGPT-4o boleh hasilkan objek 3D.

9. Anda juga boleh gunakan ChatGPT untuk hasilkan poster, tak perlu nak guna CANVA.

10. Anda juga boleh gunakan ChatGPT untuk ubah gambar, contohnya anda boleh upload gambar anda, lepas tu suruh dia ubah jadi lukisan kartun.

Tapi apa yang paling penting adalah ChatGPT-4o adalah PANDAI DAN LAJU.

https://openai.com/index/hello-gpt-4o

Chatgpt 4o

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading