Ketika radio teksi sedang bersaing dengan pesatnya bagi memberi perkhidmatan bermutu kepada pengguna tertiba industri teksi tenat katanya maka wujudlah ehailing sebagai langkah ke depan untuk memberi khidmat bermutu tinggi kepada pengguna.
Alasan popular yang lain ialah mengikut peredaran zaman konon-kononnya maka wujudlah applikasi yang tiada undang-undang yang boleh mengawal kewujudan mereka iaitu ehailing. Hanya bermula 12.10.2019 barulah undang-undang yang daif dikuatkuasakan konon-kononnya.
Alasan selebihnya ialah diambil daripada segelintir sikap pemandu teksi yang negatif dan dijadikan alasan kukuh untuk menghalalkan ehailing yang belum halal ketika itu.
TERKINI segala kata-kata yang ingin memberi perkhidmatan cemerlang, gemilang, terbilang kepada industri pengangkutan hanyalah sesedap sarapan pagi iaitu belum tengahari telah lapar kembali.
Pemandu ehailing tidak dibela malahan ditekan sedalam lautan atlantik, dibiarkan terapung dan terperosok jauh ke penjuru alam.
Mereka (kerajaan) sila buktikan apakah langkah yang telah dilakukan untuk memberi kebaikkan kepada pemandu ehailing? Bagi admin tiada langsung jika ada pun hanyalah sumbangan RM500 yang berpilih-pilih.
Wujud EVP, Pemeriksaan Puspakom, Insuran bertindih semuanya lebih memudaratkan pemandu ehailing .. jika ada kelebihan pun hanyalah EVP yang dibayar oleh EHO tetapi tetapi akhirnya EVP tersebut pada bila-bila masa boleh ditarik oleh EHO.
Permintaan pemandu ehailing untuk tambang yang adil hanya dipandang sepi apatah lagi ingin meminta perkara-perkara lain jauh panggang dari api.
Perlu diingat ramai pemandu ehailing ketika ini adalah merupakan pemandu teksi satu ketika dulu oleh itu mereka masih menunggu apakah kebaikkan yang dikatakan bakal diwujudkan untuk membaiki kerosakan industri teksi bagi menghalalkan ehailing . Jika ada pun mungkin tambang yang telah dikatahui lebih awal oleh pengguna manakala yang lain-lain masih samar-samar.
Kepada mereka (kerajaan) sila segera membantu menggariskan satu dasar yang kesannya memberi kebaikkan kepada pemandu ehailing bukan hanya sekadar kepada pengguna kerana akhirnya pemandu ehailing juga akan tumbang atau seperti melukut di tepi gantang.