Like this:

Aplikasi eHailing pilihan ramai pada 2025

Sudah lama benar saya tidak mengalisis pasaran ehailing negara kita..

Hari ini saya kembali melihat gelombang industri ehailing secara sepintas lalu dan akan mengulas secara terperinci bersama-sama dengan barisan teman-teman pejuang industri ehailing.

Sepanjang tempoh 2024 saya perhatikan tidak menampakkan petanda jelas selain daripada persaingan diantara dua syarikat luar negara yang masing-masing menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.

Bagaimanapun menghampiri penghujung 2024 tiba-tiba muncul sebuah lagi syarikat ehailing yang juga menggunakan warna hijau dan juga berasal dari luar negara dilihat agak agresif untuk menarik penyertaan pemandu di kawasan KLIA dan di media sosial.

Seperti lazimnya saya memandang kemunculan syarikat baru dengan ketidakyakinan mereka akan mampu menyerap asakan persaingan yang didominasi oleh 2 syarikat terkemuka.

Namun oleh kerana syarikat 'hijau pudar' ini adalah merupakan sebuah applikasi yang telah pun membuktikan kejayaan mereka di beuua eropah maka saya kira mereka perlu diperhatikan.

Sejujurnya ada juga beberapa pihak mengajak saya untuk berjumpa dengan pengurusan syarikat hijau pudar ini namun saya sudah keberatan untuk terlibat dengan mana-mana syarikat ehailing dari luar negara.

Saya sudah tidak nampak faedah pengakhiran yang memberi manfaat kepada penggiat ehailing terutama dari dalam negara melibatkan pemandu malahan pengguna sekaligus.

Mungkin kerajaan menerima laba daripada kos EVP yang syarikat ini bayar dalam kadar jutaan ringgit saban tahun namun kesan persaingan turut memberi kesan negatif. Kesan negatif ini lebih banyak memberi kesan kepada pemandu ehailing berbanding pengguna yang tidak menyedari perkongsian dalam kek ehailing adalah tidak adil.

Saya tinggalkan perihal kesan negatif itu kerana saya akan bicarakannya pada masa lain cuma kini saya terpaksa untuk mengikuti langkah sebahagian warga Malaysia yang telah mula untuk mengutamakan produk tempatan.

Semangat cintakan produk Malaysia turut menjangkiti ke dalam hati nurani pemandu ehailing dan ini boleh dilihat sewaktu ruang pendaftaran GV Ride sebuah syarikat ehailing tempatan dibuka di kawasan KLIA Downtown.

Dalam tempoh sebulan berada di sana lebih daripada 20000 pemandu berjaya didaftarkan dan ini menunjukkan bahawa sokongan kepada applikasi ehailing tempatan memang tebal di dalam hati pemandu ehailing.

Cabaran besar GV Ride ialah menarik seramai mungkin pengguna untuk mendaftar seterusnya menjadi pengguan tegar GV Ride.

Lantaran itu CEO GV Ride dalam satu siaran media mengutarakan tawaran 1 juta tambang dan bersedia untuk meningkatkan jumlah tersebut kepada 1.5 juta mengikut keperluan.

Ini adalah strategi paling mantap dan paling berani untuk sebuah syarikat baru apatah lagi syarikat ehailing tempatan untuk melabur besar seterusnya mendapatkan keyakinan daripada pemandu dan pengguna ehailing.

Sementara itu siaran di TV gergasi di pusat bandar Kuala Lumpur dan KLIA2 adalah bukan pelaburan yang murah dan saya terpaksa untuk mengucapkan takjub kepada GV Ride di atas keberanian mereka dan saya yakin langlah pelaburan besar ini tidak akan sia-sia dan kini 'ping' atau tempahan sudah mula hadir ke telefon pemandu GV Ride yang sedia menyantuni pengguna.

Rancangan masa depan yang telah pun diumumkan oleh CEOnya En Kabeer Singh semasa pelancaran GV Ride di Sg Long pada sabtu minggu lepas juga merupakan langkah masa depan yang saya yakin boleh memberi isyarat jelas kenapa warga Malaysia wajib menyokong GV Ride.

Insuran ehailing secara harian bakal diperkenalkan dan ini akan memberi kelebihan kepada pemandu ehailing yang tidak mampu untuk membeli insuran wajib tersebut secara tahunan..

Selain itu kesediaan GV Ride untuk menyediakan bateri kereta secara percuma juga pasti ditunggu-tunggu oleh pemandu ehailing yang sering berhadapan masalah apabila bateri mereka 'kong' di saat duit poket tidak berapa mencukupi.

Sementara itu tahap keselamatan pengguna juga diutamakan apabila GV Ride memperkenalkan sistem OTP atau nombor rahsia yang hanya diketahui oleh pengguna dan pemandu pasti memberikan keselamatan tahap tinggi kepada kedua-duanya.

Sebenarnya masih banyak sebab yang boleh dkongsikan kenapa GV Ride wajib disokong namun saya biarkan anda mencuba dahulu seterusnya berkongsi dengan saya berkenaan dengan apa yang anda rasakan selepas menggunakan applikasi GV Ride.

Untuk mencuba GV Ride sila klik link di bawah:

Android

https://play.google.com/store/apps/details...

Apple (iOS)

https://apps.apple.com/my/app/gvride/id6651835302

Terima kasih

RA Ehailing.fm .

Aplikasi Ehailing Pilihan Ramai 2025

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading