Aduan Jalan Raya Lebih Mudah dengan MyJalan
Anda ada masalah jalan raya yang ingin dilaporkan? Sekarang lebih mudah dan cepat dengan aplikasi MyJalan!
Hanya dalam beberapa langkah mudah, anda boleh melaporkan sebarang isu jalan raya seperti jalan berlubang, lampu isyarat rosak, atau tanda jalan yang hilang. Setiap aduan anda akan membantu Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi-agensi terlibat memperbaiki perkhidmatan untuk keselesaan dan keselamatan kita semua.
Jom sama-sama bantu KKR tingkatkan kualiti jalan raya negara kita! Muat turun aplikasi MyJalan sekarang