Like this:

Bagaimana Anda Menjadi Mangsa SCAM Direct Debit?

Ini adalah satu masalah. Ramai orang ada Debit Card dan kebanyakan Debit Card boleh diakses dana didalamnya secara Direct Debit. Mari saya terangkan bagaimana anda mungkin menjadi mangsa SCAM Direct Debit

Celaka Punya Autodebir

Gambar diatas adalah satu contoh SCAM Direct Debit yang terkini. Agak susah dikesan sebab untuk mendapatkan kerjasama dari pihak Bank adalah amat lambat (siput sedut pun lagi laju) atau tak akan dapat perhatian. Alasan yang pihak BANK akan berikan semuanya pasti sama.

"Mesti Encik ada melanggan mana-mana perkhidmatan Hosting yang membuat potongan Direct Debit"

Ini ayat biasa kakitangan Bank, Anda nak marah pun tak boleh sebab mereka telah di SET kan untuk menjawap semua soalan menjadi sebegini. Paling hebat pon mereka akan kata adalah seperti berikit.

"Cuba Encik semak balik semua langganan secara online yang Encik telah buat sebelum ini"

Hahaha. Ini memang jawapan yang piawai. Jawapan yang akan membangkitkan kemarahan pelanggan bank. Biasalah macam ini.

Yang paling menarik sekali adalah, kad Debit yang digunakan baru sangat diganti dengan kad yang baharu. Dari mana boleh berlaku pemotongan Direct Debit sebab nombor Kad Debit sudah berbeza. Bila pelanggan membangkitkan persoalan ini, maka jawapannya hanyalah seperti yang ini/

"Mari saya buat laporan atas kes Encik. Tapi ianya akan ambil masa. Dan kemungkinan besar Encik tidak akan dapat duit itu kembali. Harap Encik faham dengan prosidur BANK"

Kah Kah Kah.... Ini lagi satu jawapan yang membakar hati dan perasaan.

Apa yang boleh pelanggan buat? Bersabar dan terus bersabar. Lupakanlah berapa nilai yang telah lesap itu,. Redho sahajalah. Sebab walau apa pun yang anda nak bising dan pertikaikan, ianya seumpama air yang jatuh diatas daun keladi. Tak jadi apa-apa pun.

Okey, mari saya terangkan bagaimana Modus Operandi SCAM DIrect Debit ini boleh berlaku. Ianya amat mudah sebenarnya.

Pertama, dalam banyak keadaan anda mungkin terpaksa mengesahkan (verified) mana-mana servis percuma di talian macam Google Authenticator atau apa sahaja yang memerlukan anda memasukkan data kad debit anda. Ini normal. Betul ianya selamat.

Tapi...

Dengan kebocoran data yang berlaku dalam skala besar sekarang ini. Apa yang SCAMMER ini perlukan cukupkan hanya dua bahagian sahaja untuk mengesahkan proses Mobile Order Telephone Order (MOTO).

Hanya perlu Nama, Alamat, Nombor Kad Debit dan Nonbor CVV /. CVV2

Dan semua data yang diperlukan ini akan dimasukkan dalam sistem tempahan secara "Subscription Plan" yang mana akan memberikan arahan kepada pihak bank untuk membenarkan akses kepada Direct Debit secara terus.

Untuk menyelamatkan SCAMMER ... biasanya SCAMMER akan menggunakan sistem ini dan melabelkannya sebagai "Website Hosting, Domain Hosting, Software Subscription, Application Hosting" dan sebagainya.

Eh.. sebelum saya lupa... data untuk penggunaan Direct Debit ini boleh juga didapati dari Google Playstore dan Apple Appstore. Hehehe...

Tak perlu buat phishing pun.

So .... the best way adalah dengan meletakkan akaun anda dalam kad bank yang tiada akses kepada VISA atau MASTERCARD ... Ini yang sewajarnya semua bank di Malaysia tawarkan. Perbankan tanpa kat Debit.

Jadi? Kalau anda tanya saya, pastinya saya akan beritahu anda yang Scammer ni ader banyak disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian serta kelematan yang berpunca dari pihak BANK itu sendiri. Kalaulah pihak BANK lebih prihatin terhadap isu keselamatan dana pelanggan mereka.

Pelanggan nak saman BANK?? Hahaha... lupakan lah sahaja kalu duit anda yang hilang itu sekadar bawah RM1 juta. Sebab kos perbicaraan pun dah ambil modal biaya yang besar. Dan belum tentu anda sebagai pelanggan akan menang. Satu lagi adalah masa. Mereka akan cuba drag kes ini bertahun-tahun. Tiada masalah pada mereka tapi ianya bermasalah kepada anda.

Ingat... semua dokumen BANK ada "fine print:" yang memang sengaja diadakan untuk menyelamatkan BANK dan bukannya anda selaku pelanggan.

Kesimpulannya.

SCAMMER dan BANK juga yang untung. SCAMMER akan untung atas nilai penipuan mereka. BANK pula untung atas "Transaction Fees". Yang rugi hanyalah ANDA selaku pelanggan bank.

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading