Beli kereta mahal-mahal buat apa kalau tak boleh tidur dalam kereta.. Dah jimat sewa bilik RM500 dah.. Kereta kan lebih penting dari rumah
Gaji RM4200 tak layak lagi nak beli Honda Civic RS nie.. Harga kereta nie jer dah RM136,800, jadi kena dapat gaji RM11,400 sebulan baru layak beli. Barulah sekufu.
Harga kereta yang sesuai untuk gaji RM4200 nie RM50,400 sahaja.. Banyak model kereta jenama Malaysia boleh beli dengan harga tu.. Pakai ajer lah Bezza atau Axia. Myvi pun sebenarnya tak layak beli.. Barulah tak terasa sesak nafas setiap bulan.