Like this:

Balu Allahyarham Md Rizal tragedi maut dihempap pokok di ziarahi oleh team MyCar
"Abang kata nak sambut raya esok (rabu)" demikian kata Pn Norpahidah 43 tahun isteri kepada Allahyarham Md Rizal bin Atan 47 tahun yang meninggal dunia akibat dihempap sebatang pokok di ibukota Kuala Lumpur pada 7 Mei (selasa) lepas. Meneruskan lagi Pn Norpahidah menceritakan pada pagi selasa suaminya sebaik sahaja selesai melakukan solat sunat dhuha mengatakan sedang berpuasa 6 dan akan menyambut raya esok (rabu) dan mencium anak bongsu mereka Nur Ireen Eidrena 4 tahun sebelum keluar ke tempatnya bertugas sebagai pemandu. Sebelum itu keluarga mereka dikunjungi oleh CEO MyCar Dato Noor Sheena di Taman Medan Petaling Jaya bagi menyampaikan sumbangan meringankan bebanan keluarga tersebut. Pada kejadian 7 Mei lepas sebanyak 17 kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut namun hanya Allahyarham Md Rizal sahaja yang terkorban. Pemergian Allahyarham Md Rizal meninggalkan isteri dan 4 orang anak iaitu 1. Nur Ielfa Syahirah 19 tahun 2. Muhammad Irfan Farish 16 tahun 3. Muhammad Ielmy Zikry 12 tahun 4. Nur Ireen Iedrena 4 tahun Pn Norpahidah kini buntu memikirkan hala tuju beliau dan anak-anaknya apatah lagi 3 dari anaknya kini sedang belajar di kolej dan sekolah berdekatan. Sambil itu jika ada saudara saudari yang berhajat untuk menyumbang kepada keluarga ini bolehlah menyalurkan kepada Nama: Norpahidah bt Mat Zaman Bank: Maybank No akaun: 158163328044 Sementara itu Dato Noor Sheena merasa terpanggil untuk menyumbang sebagaimana sebelum ini kerana beranggapan rezeki yang beliau perolehi ada hak orang lain, dan beliau meneruskan tradisi MyCar Prihatin iaitu akan cuba membantu seboleh mungkin kepada sesiapa sahaja yang ditimpa musibah terutama kepada mereka yang bertugas sebagai pemandu. Sambil itu diakhir pertemuan sempat juga Dato Noor Sheena mempelawa kepada Pn Norpahidah jika berminat bekerja di MyCar. Untuk makluman MyCar adalah sebuah syarikat ehailing tempatan yang kini sedang dikembangkan ke seluruh negara bagi memberikan khidmat kepada pengguna di Malaysia. Insyaallah hari ini hari mereka esok lusa mungkin hari kita. Rizal Adam Ehailing.fm #ehailing #phailing #gig #pekerjabebas #pokoktumbang #anakyatim

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading