Like this:

Berbaloikah S70 Proton Digunakan Untuk E-Hailing?

Setelah dilancarkan semalam, terdapat segelintir orang ramai yang kini menyesal kerana telah membuat tempahan untuk kereta jenama lain apabila Proton S70 diperkenalkan.

Kajian di media sosial menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna memuji harga Proton S70 yang dianggap sebagai pilihan yang terjangkau dengan empat varian yang berbeza.

Seorang pengguna berkata bahawa harga Proton S70 membuatkan dia berasa menyesal kerana baru-baru ini membeli kereta jenama luar negara yang agak mahal. Menyesal betul beliau kerana tak tunggu S70 dari Proton ini.

Manakala seorang lagi pengguna telah menyatakan bahawa harga yang ditawarkan untuk Proton S70 sangat berbaloi dan nampak menarik dari segi rekabentuk luaran dan dalaman. Ianya dilihat sesuai untuk penggemar rekabentuk moden dan bercitrasa orang muda.

Proton telah menawarkan model S70 dalam bentuk empat varian iaitu Flagship X, Flagship, Premium, dan Executive dengan harga bermula dari RM73,800. Harga atas jalan tanpa insurans bagi varian 1.5T Premium adalah RM79,800, 1.5T Flagship (RM89,800), dan 1.5T Flagship X (RM94,800).

Persoalan yang perlu ditanya sekarang ialah adakah berbaloi bagi Proton S70 ini digunakan untuk e-hailing? Apa pandangan anda?

Admin
www.ehailing.fm

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading