Like this:

Berwaspada dengan penebusan eMadani

Kementerian Kewangan (MOF) ingin menasihati orang ramai agar berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial bagi mengelakkan penerima eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka .

MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai dan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Program eMADANI adalah bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dan ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara.

Pendaftaran program eMADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program berkenaan digalakkan untuk melayari laman web tertera di https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI

Beli handphone murah?

Penebusan eMadani

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading