Like this:

Bid Teksi Bid E-Hailing. Apa Perbezaannya?

Bagi pendapat saya ...ulang bagi pendapat saya ya.. ayat "tambang ehailing tidak boleh tawar manawar" ayat yang tidak muktamad.. ianya perlu disambung kepada ayat "selepas dipersetujui".

Trend terkini pasaran ehailing memang ke arah sistem bid dan ayat "tidak boleh" itu perlu diteliti dan diperhalusi secara mendalam..

Saya menyokong pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD yang membenarkan beberapa applikasi ehailing menggunakan sistem ini kerana cara ini memberikan kebaikkan yang padu kepada pengguna dan juga pemandu itu sendiri.

Tambang ehailing itu sendiri kerajaan tidak mahu campurtangan terutama dalam hal tambang lantai.. atau dalam ertikata lain tambang ehailing perlu ditentukan oleh kuasa pasaran.

Seperkara yang anda perlu lihat ialah tawar menawar tambang ehailing berlaku sebelum kadar tambang dipersetujui apabila telah dipersetujui maka kadar tersebut harus dihormati oleh kedua-dua pihak. Tidak boleh lagi tawar menawar harga sebaik tiba ke lokasi turun (drop-off).

Selain itu bid tambang ehailing berlaku diantara pengguna dengan ramai pemandu di dalam waktu yang sama.. ini menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan berbanding dengan bid teksi iaitu pengguna hanya bid dengan seorang pemandu semata-mata.

Bagaimanapun teori di atas adalah pandangan saya semata-mata kenapa tambang teksi tidak boleh bid manakala tambang ehailing dibolehkan..

Mungkin anda ada pandangan lain maka terpulang kepada pandangan masing-masing.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

Bid Teksi Bid E Hailing

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading