Kalau ikut jumlah warga asing yang berdaftar di Malaysia termasuklah pekerja asing, kita ada lebih kurang hampir 3 juta orang. Itu yang berdaftar la.. Yang tak berdaftar kita pun susah nak kata dan teka. Sebab tiada statistik mengenainya.
Tapi apa yang kita tahu, ramai sangat warga asing berada di Malaysia.
Nampak macam dah kronik ja. Indeks jenayah melibatkan warga asing ni cukup mencemaskan. Makin hari makin menampakkan peningkatan.
Itu belum kira yang masuk sebagai pelancong, tapi kemudiannya hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan keluar dari negara. Masuk ada, tapi keluar tiada. Terutamanya dari kalangan warga China.
Apa penyelesaiannya yang kita boleh buat?
Tak tahu lah nak cakap. Anggota penguatkuasaan pun tak ramai. Kalau ada pun, mereka juga ada yang terlibat dengan jenayah peras ugut dan rogol. Adoilah.