Like this:

BMW Pandu Melulu Melawan Arus

Seorang pengurus bank (Teoh Mung Ni, 41) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, hari ini atas pertuduhan memandu melulu dengan melawan arus sehingga merempuh sebuah kereta lain di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu pada 2 Oktober 2023 dan mengakibatkan seorang lelaki (pemandu kereta lain) berusia 22 tahun cedera.

Pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri yang mana tertuduh didakwa memandu kereta BMW 5 Series dengan cara melulu dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Bezza pada jam 12.30 tengah malam pada 2 Oktober lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun jika sabit kesalahan.

Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil manakala tertuduh diwakili peguam, K Mahendran. Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Januari depan bagi sebutan semula kes.

BMW Pandu Melulu

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading