Kuasa politik adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan industri ehailing dan phailing.. merekalah yang boleh menentukan kemana arah ehailing dan phailing.
Awal tahun baru 2024 ini sampailah hujung tahun nanti saya ingin melihat parti mana diantara parti-parti politik yang ada akan membela industri ehailing dan phailing negara kita..
Sebelum ini apa yang dilakukan oleh parti-parti politik ini jika ada pun hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam.. hanya sekadar singgah pada waktu timbul isu-isu panas seperti isu mogok beramai-ramai para penghantar phailing dan pemandu ehailing.
Apabila timbul isu panas maka bersahut-sahutanlah para pemimpin parti politik dari pemimpin bawahan sehinggalah kepada pemimpin tertinggi parti menyantuni para penggiat ehailing dan phailing.
Tidak kurang juga apabila khidmat sokongan diperlukan seperti apabila musim pilihanraya maka akan datang 'bersimpuh-bersila' para pemimpin bertemuramah dengan para media sambil melontarkan jerit-pekik menzahirkan harapan bergemerlapan para penggiat ehailing dan phailing.
Untuk setakat ini saya nampak usaha yang hampir-hampir memberi kejayaan kepada penggiat ehailing dan phailing SEGiM atau Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia malangnya usaha tersebut disekat oleh kedengkian sesetengah parti lain maka SEGiM gagal direalisasikan walaupun hanya tinggal seinci sahaja lagi untuk tiba di garisan penamat.
Kepada parti yang telah berusaha untuk mewujudkan SEGiM saya masih berharap agar ada langkah susulan selepas ini dan jika perlu tunjukkan kuasa anda maka sila tunjukkan supaya parti pendengki tersebut sedar mereka adalah pengkhianat kepada industri pengangkutan termasuk ehailing dan phailing.
Kepada para pekerja industri pengangkutan.. setelah SEGiM gagal maka anda tiada pilihan lain selain daripada menyokong langkah wakil kita yang telahpun menyusun strategi awal untuk bertanding di dalam pilihanraya akan datang bagi memberikan satu kuasa mutlak mewakili penggiat ehailing dan phailing khasnya dan industri pengangkutan amnya..
Bagi langkah awal anda sertai :
Group FB : Parti Ehailing Negara PENhttps://www.facebook.com/groups/3169320853371910/?ref=share&mibextid=CTbP7E
Group wasap: https://chat.whatsapp.com/HPCWJ52zwRM0dloKbEsQtf
Kepada para pejuang teruskan perjuangan masing-masing dan terimalah perbezaan kerana saya percaya matlamat kita sama iaitu mahu melihat industri pengangkutan terbela dan adil untuk semua penggiatnya.
Terima kasih
RA Ehailing.fm
#SEGiM#ehailing#phailing#teksi#partipolitik#umno#dap#pkr#pas#amanah