Pasukan Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah menemui arca berbentuk manusia yang lengkap di Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah.
Arca Buddha bersaiz manusia itu diperbuat daripada stucco, iaitu sejenis bahan campuran kapur, air, dan pasir, ditemui di dinding utara candi Bukit Choras.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata penemuan itu menunjukkan signifikan kawasan tersebut sebagai tapak keagamaan yang penting pada ketika itu dan lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.
Selain itu, turut ditemui sebuah prasasti Sanskrit yang diukir di atas badan batu serta serpihan tembikar tanah.
https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/910863101073104