Like this:

Cukai 100 Peratus ke atas Import EV China

𝐏𝐌 πŠπ€ππ€πƒπ€ π”πŒπ”πŒ π‚π”πŠπ€πˆ 𝟏𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐒 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πˆπŒππŽπ‘π“ 𝐄𝐕 π‚π‡πˆππ€

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan cukai atau tarif 100 peratus ke atas import EV dari China sebagai tanda mengikuti langkah dibuat Amerika Syarikat (AS) bagi menyekat peningkatan kenderaan China ke rantau Amerika Utara.

Tindakan ini dibuat kerana China, yang juga pengeksport EV terbesar dunia, dianggap tidak mematuhi peraturan dalam aspek standard alam sekitar dan buruh berbanding negara lain.

Pada masa sama, Trudeau juga mengumumkan cukai 25 peratus terhadap import keluli dan produk aluminium dari China.

Tambah Tredeau lagi, pengeluaran berlebihan EV China berlaku berikutan bantuan subsidi besar Kerajaan itu dalam memajukan sektor automotif negara berkenaan.

Ottawa perlu berbuat sedemikian untuk bangkit semula supaya tidak berada di tempat tercorot dalam saingan kompetitif industri automotif dunia.

Demi menyokong peralihan EV di Kanada, Ottawa melabur berbilion dolar bagi mengukuhkan rantaian bekalan bateri elektrik domestik selain membantu industri pembuatan kereta tempatan untuk menggajikan lebih 125,000 pekerja.

Cukai Ev Di Kanada

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading