Rumah berselerak dan darah ada di mana-mana.. (keluarga)
Insiden kematian yg dicurigakan oleh ahli keluarga mendiang Dr. Sinthumathi a/p Mutusamy 35 tahun dan mereka yakin bahawa mendiang bukan mati mengejut seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Kakak kepada mendiang Cik Revathi 39 tahun yang hadir bersama ibunya Vijayletchimi 59 tahun semasa sidang media oleh Dato Dr. Kalai Vanar Ketua Aktivis Nambikkai Kebangsaan di sebuah restoran di ibukota petang tadi.
Semasa sidang media mereka menjelaskan bahawa mendiang direkodkan meninggal dunia pada 8.10.23 iaitu hari yang sama kematiannya dilaporkan oleh seorang individu dipercayai teman lelakinya.
Sementara itu imej mendiang dirakam oleh cctv kediamannya pada kali terakhir ialah pada 5.10.23.
Menurut Revathi lagi waktu terakhir applikasi wasap digunakan oleh mendiang adiknya ialah pada 6.10.23 pukul 1:58 pagi.
Pada 7.10.23 ibunya Puan Vijaletchimy cuba untuk masuk ke kediaman mendiang adiknya namun tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan di sana.
Manakala gambar-gambar yang ditunjukkan oleh keluarga dirakam pada 17.10.23.
Selain itu Revathi memaklumkan mereka juga telah membuat 16 laporan polis yang dikategorikan sebagai (ROR).
Dato Kalaivanar pula menegaskan mereka akan terus mendesak pihak polis untuk melakukan siasatan lebih adil terhadap kes ini dan akan membayangkan akan memanjangkan kes ini ke pengetahuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedikit waktu lagi.