Like this:

Data PERKESO Di Godam?

Beberapa hari lalu Viral isu Data PERKESO dibocorkan di media sosial. Kementerian Sumber Manusia pada satu kenyataan telah memberikan jaminan percubaan untuk menggodam laman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak akan menjejaskan pencarum. Menteri Sumber Manusia V Sivakumar juga berkata Perkeso berjaya mengawal serangan siber terhadap sistem, pangkalan data maklumat dan laman sesawangnya, yang bermula 2 Disember lalu.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meningkatkan langkah menangani perkara itu menerusi kerjasama dengan agensi di bawah kementerian lain. Terdahulu CyberSecurity Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi telah diarahkan menyiasat dakwaan laman pangkalan data PERKESO digodam.

Semakan mendapati data tersebut (yang dibocorkan di dark web adalah data lama yang "dibungkus semula" dan didakwa sebagai data baru) - dikatakan sebagai "contoh" untuk data yang didakwa dibocorkan - mengandungi maklumat peribadi antaranya nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, kaum, gaji, nama majikan, jenis darah, rekod kesihatan dan nombor akaun bank.

Data ini "amat diragui, tidak lengkap dan luput", terutamanya pada satu kelompok data yang menampilkan maklumat dimana sebenarnya tidak pernah dikumpul oleh PERKESO sejak penubuhannya pada 1971. Serangan siber itu pada mulanya dibuat untuk menjejaskan operasi harian mereka, namun selepas pasukan ICT berjaya mendapat semula kawalan, penggodam kemudian "menukar taktik" dengan menjejaskan imej mereka.

Serangan siber terhadap PERKESO ini bukan kali pertama sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku dengan kali terakhir pada September lepas dan berjaya dibendung oleh para petugas ICT.

Perkeso Di Godam
Perkeso Hacked
Kenyataan Media PERKESO Di Godam

Dapatkan penyelesaian terhadap serangan RANSOMWARE dengan melanggan khidmat dari Copia Solutions (www.copia.asia)

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading