Like this:

Datuk Dr Masitah Ibrahim menafikan terlibat sindiket pemerdangan manusia

Datuk Dr Masitah Ibrahim bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menafikan beliau terlibat dengan satu sindiket pemerdagangan manusia dan serentak dengan itu beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Sebelum itu pada hari Rabu yang lepas Malaysia International Humanitarian Organisation MHO telah menghantar laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dengan tujuan memohon SPRM menyiasat keterlibatan suami isteri dengan sindiket yang telah disenaraihitamkan oleh beberapa negara seperti Indonesia, Myanmar dan USA.

MHO melalui kenyataan Setiausaha Agungnya Dato Hishamuddin mendakwa mempunyai pelbagai bukti video dan gambar yang kemudiannya menyerahkan kepada SPRM untuk tindakan seterusnya.

Anda boleh saksikan sidang media penuh oleh MHO yang disiarkan secara langsung oleh FB page ehailing.fm pada 28.9.24 yang lalu.

Semasa sidang media juga Dato Hishamuddin bimbang kerana disebalik tumpuan menyelamatkan warga kita yang diperdagangkan di Myanmar rupa-rupanya mereka juga beroperasi di negara sendiri.

Beliau juga menjelaskan bahawa isu tersebut telah kecoh di negara Indonesia, Myanmar dan USA dan telah didedahkan oleh pelbagai media cuma di Malaysia masih sunyi sepi.

Sindiket Pemerdagangan Manusia 01
Sindiket Pemerdagangan Manusia 02
Sindiket Pemerdagangan Manusia 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading