Like this:

Doktor SP Care lapor polis isu ugutan
KUALA LUMPUR - Kumpulan pegawai perubatan Klinik SP Care telah membuat satu laporan polis terhadap seorang individu yang aktif politik dari Puchong yang didakwa telah mengeluarkan satu ugutan berbaur jenayah mengancam keselamatan ke atas mereka. Ketua Pegawai Eksekutif SP Care Group, Dr. Harry Dinesh Mahalingam berkata, pihaknya menerima ugutan itu daripada individu itu yang juga dipercayai bekas ketua cabang PKR Puchong pada 29 Mei 2024. Katanya, semasa kejadian beliau berada di Antara Gapi menunggu pulang ke rumah semasa hujan lebat sebelum sekitar jam lebih 6 petang semalam, terlihat satu rakaman video versi Bahasa tamil tular menyentuh mengenai klinik kesihatan SP Care di media sosial Tiktok. "Di penghujung rakaman yang berdurasi 2 minit 9 saat itu iaitu bermula dari minit ke 1.34 saat, individu itu didapati telah melemparkan ugutan ke atas salah seorang Dr kami iaitu Dr. Sathia Pargkash Nadarajan dan juga klinik kami. "Dalam ugutan itu berbunyi"..Dr.Sathiaprakash Kamu adalah budak baru melangkah dalam dunia politik dan kamu menguruskan perniagaan klinik peubatan dan kesihatan. "Maka adalah lebih kamu jaga urusan kamu sendiri dan kelakuan kamu. Kalau kamu sibuk menyelit hidung dan mencampuri urusan yang tiada kena mengena dengan kamu sewenang-wenangnya serta 'korek' dalam politik, maka segala urusan klinik perubatan kamu akan dilanda masalah dan kamu juga akan terperangkap (terima tempias). "Ingat, politik ini bukannya kamu boleh main sesuka hati jangan 'bermain' dengan saya,". Tambah Dr. Harry lagi, beliau terkilan dan sangat keliru secara tiba-tiba klinik kesihatan di bawah penyeliaannya dibangkitkan dan diugut sebegitu rupa oleh individu berkenaan. Katanya, beliau memandang serius ugutan jenayah yang dilemparkan oleh individu tidak bertanggungjawab itu yang berniat jahat dan merbahaya. Jelasnya, rentetan isu terbaharu itu, beliau telah merujuk isu itu kepada perhatian penasihat undang-undang syarikatnya dan bertindak atas nasihat peguam SP Care laporan polis telah dibuat oleh pihaknya yang terdiri daripada lebih lapan doktor perubatan SP Care Group. Malah katanya, pihaknya turut sebagai mendesak pihak polis melakukan satu siasatan segera ke atas individu itu dan tindakan tegas berlunaskan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan yang diperuntukkan di negara ini. "Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Kubu Baharu sekitar jam 3.30 petang tadi, dan pegawai penyiasat telah memanggil dan merakam keterangan kami dan segala maklumat beserta bahan bukti termasuk rakaman video tular itu sudah diserahkan membantu siasatan. "Kami sangat risau akan keselamatan para dr perubatan kami di SP Care dan juga kakitangan yang sedang berkhidmat di bawah kami rentetan daripada ugutan ini dan kami menaruh penuh keyakinan terhadap pihak polis menggunakan kebijaksanaan mereka bagi menjamin keselamatan pengamal perubatan di SP Care ini," tegasnya lagi. Dalam pada itu, seorang lagi Doktor perubatan Kanan di klinik SP Care Group itu, Dr. Uvarani Veerasamy turut menyatakan kebimbangannya rentetan daripada ancaman video ugutan yang mengejut itu. "SP Care Group kami sudah bertapak di bandar Rawang ini lebih 10 tahun dan menyediakan rawatan kesihatan kepada masyarakat setempat di sini. "Semalam salah seorang pesakit kami menunjukkan video tular berbaur ugutan jenayah itu kepada saya dan saya anat terkejut. Pesakit saya mula tertanya kenapa ada ancaman sedemikan secara tiba-tiba daripada seorang individu sebegitu sekaligus mula menyatakan kerisauan mengenai keselamatan mereka. "Untuk makluman, bukan sahaja pesakit, kami juga risau akan mengenai keselamatan lebih 300 orang yang terdiri daripada pegamal perubatan, jururawat, pembantu jururawat, radiografer, serta para kakitangan sokongan rentetan daripada video ugutan itu. "Kami sudah buat laporan polis dan menaruh kepercayaan ke atas polis yang diyakini akan menyiasat kes ini dengan profesional dan efisen serta penuh tegas disusuli tindakan undang-undang," ujarnya lagi.

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading