Like this:

Dr KalaiVanar – Nambikkai Sedia Bantu Pemandu E-Hailing

Terkini: Dato Dr Kalaivanar sedia bantu pemandu ehailing tuntut kenaikkan tambang.

Brickfield, sekumpulan pemandu ehailing pada petang tadi mengadakan satu pertemuan untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran di hadapan pejabat sebuah syarikat ehailing terkemuka kerana membantah kadar tambang yang terus menjunam serta kadar komisyen yang dikenakan melebihi daripada kadar jumlah potongan komisyen yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sebanyak 20%.

Mereka mengadakan perbincangan dengan Ketua Aktivis Nambikkai Kebangsaan Dato Dr Kalaivanar yang pada dasarnya bersedia untuk membantu pemandu ehailing bagi menuntut kadar tambang yang lebih adil kepada mereka.

Setakat ini Nambikkai Kebangsaan sering dilihat sebagai NGO yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat yang ditindas tanpa gentar dan sedia berdepan dengan sesiapa sahaja bagi memperjuangkan hak rakyat.

Sementara itu jurucakap kumpulan pemandu tersebut En Yassin membayangkan kemungkinan dengan bantuan Nambikkai Kebangsaan mereka akan mengaturkan satu himpunan dan perjumpaan dengan kepimpinan syarikat ehailing itu bagi mendesak syarikat itu supaya sedar bahawa kaedah kadar tambang yang digunakan sekarang tidak masuk akal dan membebankan pemandu ehailing.

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh klik link wasap di bawah:

www.wasap.my/60182108891/hai+Yasin

Terima kasih
RA Ehailing.fm .

Nambikkai Sedia Bantu Ehailing 01
Nambikkai Sedia Bantu Ehailing 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading