Sekumpulan pemandu ehailing (grab) yang tidak berpuashati dengan syarikat itu telah menyerahkan aduan secara terus kepada wakil YB Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkutan semalam.
Mereka sebelum itu berhasarat menyerahkan memorandum namun atas sebab teknikal memorandum mereka telah ditolak.
Jurucakap kumpulan tersebut yang dikenali sebagai En Yassin berharap YB Anthony Loke dapat campurtangan berkenaan dengan kaedah yang digunapakai oleh grab pada waktu ini yang membebankan mereka.
Diantara sistem yang menimbulkan ketidakpuashatian mereka ialah kadar tambang yang terlalu murah, pemotongan komisyen yang lebih dari 20%.