Like this:

Dua Beradik Maut – Axia dihempap 4×4

𝐃𝐔𝐀 ππ„π‘π€πƒπˆπŠ πŒπ€π”π“ πƒπ„πŠπ€π“ πŠπŠπˆπ€, π€π—πˆπ€ πƒπˆππ€ππƒπ” πŒπ„π‹π„π“π”π πƒπˆπ‘π„πŒππ”π‡ π‡πˆπ‹π”π— πƒπ€π‘πˆ ππ„π‹π€πŠπ€ππ† 😒

TULAR di media sosial video kemalangan ngeri melibatkan tiga kenderaan di kawasan lampu isyarat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat lalu.

Rakaman kemalangan tersebut dikongsikan dalam media sosial yang memaparkan Perodua Axia yang memandu di lorong kanan dirempuh sebuah pemandu Toyota Hilux dari belakang sebelum terbabas dan meletup berdekatan jejantas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.15 pagi yang melibatkan trak pikap Hilux, Axia, dan Perodua Viva.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an memandu dari arah Tanjung Aru menuju ke arah Putatan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, di lorong kanan Toyota Hilux melanggar bahagian Perodua Axia yang dinaiki dua wanita hingga menyebabkan kereta itu berpusing masuk ke lorong tengah lalu melanggar bahagian tepi kanan sebuah lagi kereta jenis Perodua Viva."

Dua mangsa dalam Axia disahkan sebagai dua beradik, iaitu Dayang Nurshamirah Dulamit dan Dayang Nurshatirah Dulamit yang berusia 20-an. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu Viva berusia 34 tahun dan pemandu Hilux berusia 22 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Carian media sosial mendakwa pemandu Hilux dipercayai memandu dalam keadaan mabuk atau bawah pengaruh dadah. Bagaimanapun, polis masih mnenyiasat punca kejadian.

Kes disiasat bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua Beradik Maut 01
Dua Beradik Maut 02
Dua Beradik Maut Suspek

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading