Like this:

Dua guru trauma menggunakan kenderaan e-Hailing

Dua guru trauma menaiki ehailing apabila terlibat dengan kemalangan di jalan Dengkel Cyberjaya pada ahad lepas.

Cikgu Nen 56 tahun bertugas di SMK Ampang (Ipoh) dan cikgu Roznita bertugas di SMKP Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada waktu kejadian sedang menaiki kenderaan ehailing dari KLIA 2 ke Gombak pada jam sekitar 1:16 petang.

Menurut Cikgu Nen sebatang jari kanannya patah, kedua-dua kaki cedera, lebam di bawah mata dan masih terasa sakit di bahagian kepala.

Sementara itu Cikgu Roznita pula mengalami luka panjang di peha kiri serta kecederaan di bawah mata dan terpaksa dijahit dengan beberapa jahitan.

Pada hari kejadian mereka melakukan tempahan pertama yang diterima oleh seorang pemandu OKU namun pemandu ehailing tersebut membatalkan tempahan kerana beg mereka lebih dari yang sepatutnya.

Seterusnya mereka melakukan tempahan '6 seater' kali ke 2 dan diterima juga oleh pemandu OKU pekak dan bisu.

Menceritakan dengan lebih lanjut sewaktu masuk ke dalam kereta ehailing terlibat cikgu Nen berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila cara pemandu tersebut memandu tidak stabil.

Pemandu tersebut didengar sebagai bernafas agak kuat dan tidak fokus dengan panduan sistem waze.

Apabila tiba di satu persimpangan pemandu ehailing tersebut teragak-agak dan akhirnya terlanggar pembahagi jalan.

Menurutnya kejadian terlalu pantas dan beliau hanya sedar apabila terasa ada sesuatu yang berat menghempap kepalanya. Cikgu Roznita pula keliru pada waktu kejadian kerana tanpa sedar beliau sudah berada di luar kereta.

Mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang membantu mereka termasuk memanggil khidmat ambulan sehingga akhirnya mereka berdua dirawat di Hospital Serdang.

Cikgu Roznita menzahirkan penghargaan kepada syarikat ehailing terlibat kerana menghubunginya apabila mendapati kenderaan mereka tidak bergerak seterusnya terus memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa.

Mereka sempat memberi cadangan kepada pihak berkuasa supaya hanya membenarkan pemandu OKU yang tidak berisiko tinggi untuk bertugas sebagai pemandu ehailing memandangkan tugas mereka adalah membawa penumpang.

Selain itu mereka juga kesal dengan cara pemakaian pemandu ehailing tersebut yang mengenakan selipar dan berseluar pendek kerana boleh memberi imej buruk kepada pengguna terutama di kaca mata pelancong dari luar negara.

Terima kasih
RA ehailing.fm

Trauma Penumpang Ehailing 01
Trauma Penumpang Ehailing 02
Trauma Penumpang Ehailing 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading