Tuan-tuan semua,
Terimalah hakikat bahawa walaumacamana cara kita berusaha sekalipun e-hailing tetap adalah profession kasta rendah bak kata Rowan low socio-economic peasant.
Kenapa? Sebab nak buat ehailing tak perlu belajar tinggi-tinggi hatta tak perlu ada SPM pun, cukup umur boleh ambil lesen kereta dan ambil terus lesen PSV tanpa perlu ujian apa-apa. Janganlah terpengaruh dengan yang terpaling ehailer yang asyik show off income 3-4 ratus sehari ni, sampai masa nanti diorang jugak yang akan meroyan macam2 dalam group ni.
Kepada tuan-tuan yang berusaha untuk keluar dari profession ini, saya doakan anda semua dipermudahkan urusan dan berjaya. Kepada yang menjadikan ehailing sebagai punca pendapatan tambahan, saya juga doakan tuan-tuan dimurahkan segala rezeki.
Kepada tuan-tuan yang nak sentap dan maki hamun, silakan meroyan
Kredit: Johnny Nick (FB)