EDISI SIASAT NTV7 sangat popular pada awal tahun 2000, yang dihoskan oleh Wan Kamaruddin, setiap hari sabtu dan ahad.
Sebuah siaran yang mendedahkan kes jenayah, termasuklah kes rasuah yang berlaku dalam negara. Kerapkali pendedahan yang melibatkan kes penerokaan tanah haram, curi pasir, kilang pencemaran tanpa lesen dan penipuan hak milik tanah.
Namun, di sebalik pendedahan ini, pihak penerbit kerapkali menerima tekanan daripada orang politik yang berpengaruh ketika itu. Pengacara juga turut menjadi mangsa, apabila diganggu samseng di luar pejabat, dan menerima panggilan telefon yang berbaur ugutan.
Sebuah rancangan TV yang hebat dan sangat bermanfaat, kepada masyarakat serta rakyat berbilang bangsa pada masa itu. Merupakan suatu perjuangan “berani mati” daripada pihak rancangan, yang tidak diketahui umum.
Namun, pendedahan ini telah dikongsi oleh tuan Haji Zainal Ahmad, atau lebih popular sebagai ZRA Strim di laman media sosial. Melalui perkongsian ini, kita dapat lihat bahawa sesuatu kejayaan besar yang dicapai.
Hakikatnya, pengorbanan yang lebih besar disulami keikhlasan dan risiko yang maha dahsyat terpaksa dilalui. Penonton nampak pengaraca tenang menyampaikan berita² dengan sangat berkarisma.
Namun rancangan menarik di sebalik kaca televisyen, penuh dengan peristiwa dan sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh mereka.
