Like this:

Ehailing wajar mencarum KWSP
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0gbquT5N7ws3PsWtnbThVp181vwaM3YwMQrq92TQBo8dxwqAF34A6kQ6v77f6mX1Yl&id=100063840980043&mibextid=UyTHkb
Susulan pertemuan Gabungan Ehailing Malaysia GEM dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP terdapat sebilangan pemandu kurang senang dengan pertemuan tersebut.
Sebelum pergi lebih jauh saya ingin tegaskan bahawa saya tidak tahu apakah butir-butir pertemuan tersebut namun saya melihat dari sudut yang positif.
Untuk setakat ini KWSP menyediakan caruman sendiri atau sukarela kepada sesiapa yang tidak bermajikan untuk mencarum dalam KWSP dengan tiada had minima manakala maksima RM100,000.00 untuk akaun 1.
Berbalik kepada pertemuan GEM dan KWSP tersebut saya anggap ianya sebagai pembuka jalan ke arah pemandu ehailing mencarum sendiri selepas ini. Namun sekiranya akta ini dipinda iaitu EHO dipaksa supaya mencarumkan untuk pemandu maka saya amat pelik jika pemandu membantah usaha ke arah itu.
Antara persoalan lain yang saya lihat ialah EHO atau syarikat ehailing manakah yang wajib membayar caruman tersebut jika pemandu berdaftar dengan lebih dari satu syarikat ehailing?
Untuk menjawab soalan di atas kita ambil contoh EVP yang kerajaan tetapkan pada waktu ini iaitu setiap EHO wajib memberi 1 EVP kepada setiap pemandu mereka. Jika pemandu berdaftar dengan 5 EHO maka jumlah EVP adalah 5 walhal pemandu dan kereta adalah yang satu. Jika EVP boleh bertindih kenapa KWSP tidak boleh?
Maka saya andaikan setiap EHO boleh juga dipaksa membayar caruman KWSP pemandu mengikut kadar sesuai yang ditetapkan oleh kerajaan. Jika pemandu berdaftar dengan 5 EHO maka beliau perlu dibayar caruman oleh ke lima-lima EHO. Bukankah ini memberikan caruman lumayan kepada pemandu itu sendiri.
Bagi yang berpendapat pemandu bukan pekerja EHO seterusnya tidak layak dicarumkan kerana undang-undang tiada ke arah itu saya ingin mengingatkan bahawa undang-undang adalah ciptaan manusia yang boleh dicipta, dipinda malahan dibatalkan.. maka jika sebelum ini tiada undang-undang yang memaksa EHO mencarumkan untuk pemandu maka lakukan usaha ke arah supaya undang-undang tersebut diwujudkan sehingga akhirnya pemandu mendapat manfaat.
Kepada pemandu yang terlalu cepat melenting saya nasihatkan supaya bertenang dan saya percaya pihak GEM tidak mungkin berusaha untuk menyulitkan pemandu kerana sebahagian besar ahli-ahlinya termasuk kepimpinannya adalah pemandu.
Nota: Pendapat peribadi Rizal Adam Ehailing.fm

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading