Like this:

EHO Lama Akan Membuat Kemunculan Baru?

Semalam hampir menitis airmata kegembiraan apabila saya bertemu dengan pegawai kanan sebuah syarikat ehailing yang pernah berada pada kedudukan ke 2 ranking ehailing negara.

Beliau secara tulus ikhlas memberitahu kepada saya bahawa syarikat beliau akan mengadakan majlis 'kembali semula' secara gilang-gemilang di Petaling Jaya pada bulan Februari nanti..

Kehadiran pemimpin tertinggi negara ke majlis 'kembali semula' menambahkan lagi perasaan membuak-buak di dalam diri ini untuk menyaksikan kelahiran semula syarikat tempatan dan bumiputra ini.

Apa yang menyebabkan saya terkulai layu di tasik madu ialah kerana beliau ada bertanya kepada saya iaitu adakah saya merajuk dengan syarikat beliau?

Saya tak jawab pun soalannya cuma dalam hati ini berharap beliau sepatutnya memujuk beribu-ribu pemandu yang terus tertanya-tanya sampai bila dijanjikan applikasi mantap tetapi syarikat terus mencipta teori 1.0, 2.0,3.0 dan 4.0 atau mungkinkan akan muncul siri 5.0 pula selepas ini.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

Nota: gambar sekadar hiasan tiada kena-mengena.

___________________

Sewa-beli kereta ehailing: www.wasap.my/601116861593/sewa+kereta

Kenangan Lama

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading