Ahad, 8 Disember 2024, Shah Alam– Encorp Klasik Run 2024 berjaya mengumpulkan lebih 3,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, menutup tirai Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK) tahun 2024 dengan penuh kemeriahan.
Dianjurkan julung kalinya oleh ENCORP dengan Kerjasama oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), larian ini menyerlahkan semangat kebersamaan antara komuniti melalui larian santai sejauh 5km yang bertemakan era klasik.
Acara perlepasan peserta ENCORP Klasik Run 2024 disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim diiringi Pegawai Yang Bertugas/ Ketua Kewangan Eksekutif Kumpulan ENCORP, Encik Kamarul Azman bin Kamarozaman@ Amir dan pihak pengurusan ENCORP.
Selain ENCORP, SAHTK kali ini turut melibatkan larian santai dari Rakan Muda, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Larian Santai Hari OKU Sedunia menjadikan jumlah keseluruhan peserta hampir mencecah hampir 6,000 orang.
Peserta turut tampil kreatif dengan berpakaian tradisional dan klasik sambil menikmati suasana penuh nostalgia yang dimeriahkan dengan muzik klasik sepanjang program berlansung. Semua peserta Encorp Klasik Run yang berjaya menamatkan larian telah diberikan pingat di garisan penamat.
Bagi memeriahkan lagi program, pertandingan pakaian paling kreatif terbaik bertemakan klasik telah diadakan, dengan hadiah menarik berupa hamper dan barangan elektrik untuk tiga pakaian terbaik.
Sesi cabutan bertuah turut mencuri tumpuan dengan pelbagai hadiah menarik menanti peserta bertuah. Selain itu, aktiviti permainan tradisional seperti congkak, sepak penalti sarung, dan batu seremban turut diadakan bagi menambah kemeriahan program.
Program larian santai ini bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 11 pagi, manakala aktiviti sampingan seperti persembahan pentas, aktiviti kanak-kanak dan booth jualan dan promosi berakhir pada jam 12 tengahari.
Menurut pengurusan ENCORP, ini adalah pertama kali ENCORP menganjurkan program larian seperti ini. Sasaran awal sebanyak 1,000 peserta telah jauh melebihi jangkaan, dengan lebih 3,000 peserta hadir dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.
Larian santai ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi turut menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan antara ENCORP dan komuniti setempat, sejajar dengan komitmen ENCORP untuk memperkasa komuniti menjelang ulang tahun ke 25 penubuhan ENCORP pada tahun hadapan.
ENCORP turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBSA atas peluang untuk bekerjasama dalam penganjuran acara ini.Penganjuran larian ini juga memberikan peluang untuk ENCORP berkongsi perkembangan terkini projek Tilia, iaitu fasa terakhir pembangunan perumahan bertanah ENCORP di Encorp Cahaya Alam.
Dilancarkan pada tahun 2004, Encorp Cahaya Alam yang berkeluasan 210 ekar berstatus pegangan pajakan adalah projek usahasama antara Encorp Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM1 bilion, perbandaran ini telah menjadi salah satu kawasan kediaman utama di Shah Alam, menawarkan kediaman moden.
Projek Tilia, fasa terakhir di Encorp Cahaya Alam, menawarkan 112 unit superlink dua tingkat dengan keluasan tanah 24 x 80 kaki persegi. Kediaman ini mempunyai luas binaan antara 2,408 kaki persegi (kps) hingga 3,131 kps, direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden.
Dengan harga bermula dari RM966,000, Tilia menawarkan nilai eksklusif dan menjadi pilihan ideal untuk keluarga atau individu yang mencari kediaman bertanah di lokasi strategik.
Lebih istimewa, terdapat beberapa unit terhad yang dilengkapi dengan kolam renang, memberikan sentuhan kediaman mewah kepada bakal pemiliknya. Selain itu, pembeli juga berpeluang menikmati pakej menarik dan promosi yang disediakan menjadikan pembelian rumah lebih berbaloi.
Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2025.Tilia bukan sahaja menawarkan kediaman bertanah terakhir di Encorp Cahaya Alam tetapi juga melambangkan peluang terakhir untuk menjadi sebahagian daripada perbandaran ikonik
ini, yang telah berkembang pesat sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2004.
Mengenai Encorp Berhad (ENCORP)
Tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia (ENCORP/6076). Kumpulan ini kini terlibat dalam tiga perniagaan teras – pembangunan hartanah, pelaburan hartanah dan pembinaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.encorp.com.my
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi:
Encorp Berhad
Saidah Umairah Binti Zul Azki
Eksekutif, Media & Perhubungan Awam
Tel: 03-6286 7634 / 017 6840824
Email: umairah@encorp.com.my