Republik Korea memang terkenal dengan industri perfileman yang maju. Semasa berada di Busan, saya bertemu dengan tokoh-tokoh perfileman termasuk Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF), Park Kwang-su, dan Pengerusi Majlis Filem Korea (KOFIC), Han Sang-Jun.
Saya meminta FINAS meneliti sistem KOBIS yang digunakan di Korea sejak 2004, untuk mendapatkan data jualan tiket secara “real-time.” Data ini membantu FINAS mengenal pasti cabaran industri filem.
Saya juga melawat Busan Cinema Centre, yang berminat menayangkan filem Malaysia dalam festival mereka pada tahun depan.



