Baja Black Wizard Green (BWG). Baja Hibrid Semi Organik (3 dalam 1)
Nanoteknologi kini sudah tidak asing lagi dalam semua bidang pembuatan sama ada dari kosmetik, makanan, perubatan dan sebagainya. Dalam bidang pertanian juga tidak ketinggalan menggunakan serta mengaplikasikan teknologi ini. Nanoteknologi dalam pertanian seperti baja nano berfungsi sebagai pengawalan produk dan aras nutrien tanaman tanpa menyebabkan pencemaran tanah dan air serta memberikan perlindungan daripada haiwan perosak dan penyakit mikrob patogen. Partikel nano logam oksida seperti, CuO and ZnO telah diterokai secara meluas kerana kemampuannya untuk melindungi tumbuhan daripada infestasi patogen.
Penggunaan baja yang bukan bersaiz nano dalam pertanian akan menyebabkan proses
pelepasan nutrien yang berlebihan dan tidak seragam seterusnya melibatkan proses larut lesap ke dalam tanah, pencemaran alam sekitar dan kerugiaan modal para petani.
Fastgrow Fertilizer merupakan perintis yang memulakan baja teknologi nano ini di Malaysia apabila memperkenalkan Baja Black Wizard Green. Baja ini merupakan baja hibrid semi organik yang dirumus khas menggunakan dwiteknologi iaitu teknologi nano serta teknologi “coating”. Melalui kedua-dua teknologi ini, baja ini dapat menggabungkan kulat dan Mikrob Efektif (EM) yang bermanfaat bersama-sama dengan semua NPK makro dan mikro nutrient yang utama untuk menghasilkan baja organik mesra tanah dengan kekuatan baja sebatian yang lain.
Melalui teknologi nano ini juga baja ini tidak bersifat panas atau berasid serta tidak menghasilkan sebarang alahan kepada manusia. Menggunakan formula “Control Release Fertilizer (CRF)” Black Wizard Green (BWG) juga memastikan semua nutrien dapat digunakan dengan cekap dan hanya digunakan apabila diperlukan oleh tumbuhan, sekaligus mengurangkan pembaziran.
Teknologi nano yang diaplikasikan di dalam pembuatan baja ini dapat menjimatkan segala kos pembajaan pekebun di mana segala unsur-unsur nutrient NPK dan unsur-unsur surih (TE) yang lengkap sudah dimampatkan di dalam media utama.
Baja ini juga mempunyai banyak fungus yang baik seperti Trichoderma, Mychorriza dan Yeast. Serta mikrob bakteria yang berfaedah seperti Lactobacillus bacteria, Proteolytic bacteria, Nitrogen Fixing Bacteria (NFB), Phosphate Solubizing Bacteria (PSB) dan Potassium Mobilizing Bacteria (KMB) yang boleh membantu kecekapan serapan baja sebanyak 30% - 40%.