Like this:

Gerakan Kuasa Rakyat Sabah G57 Lapor SPRM

Gerakan Kuasa Rakyat Sabah G57 hari ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Putrajaya bagi menyerahkan laporan berkenaan beberapa perkara yang diragui berkenaan dengan masalah air yang dipercayai berpunca daripada kegagalan kerajaan semasa kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal pada tahun 2018.

Pada sidang media selepas penyerahan laporan tersebut Datuk Zulkarnain Mahdar memperjelaskan pembatalan kontrak 6 syarikat oleh kerajaan Warisan melibatkan 58 konsesi rawatan air bernilai RM3.8 bilion telah menyebabkan masalah air menjadi bertambah buruk dan berlarutan sehingga kini.

Datuk Zulkarnain juga memohon pihak SPRM agar menyiasat dakwaan sesetengah pihak iaitu kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Warisan adalah mempunyai huhungan dengan kepimpinan Parti Warisan Sabah.

Sidang media penuh boleh ditonton di page FB Ehailing.Fm

Terima kasih
RA Ehailing.fm

G57

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading