Bukan sekali dua disuarakan berkenaan mudahnya syarikat ehailing dari luar negara masuk pasaran negara kita tetapi sudah berkali-kali namun saya percaya pihak kerajaan terus membuka pintu kepada kemasukkan lebih banyak syarikat dari luar negara selepas ini.
Implikasi buruk bukannya tidak disedari oleh pihak kerajaan namun mungkin faktor tersembunyi atau 'tangan ghaib' memainkan peranan sehingga negara kita boleh dianggap sebagai pemegang rekod dunia jumlah syarikat ehailing terbanyak.
Apa yang diharapkan ialah agar kerajaan mengawal syarikat ehailing dari luar negara ini dan memberikan keutamaan kepada syarikat ehailing dari dalam negara.
Kerajaan sepatutnya melihat kenapa negara besar yang mempunyai berbilion penduduk tetapi jumlah syarikat ehailing mereka hanya beberapa buah sahaja.
Perkara paling penting ialah negara kehilangan berbilion wang yang dibawa pulang oleh syarikat ehailing dari luar negara yang dikutip dari pengguna di negara kita.
Walaupun sudah terlewat untuk mengusir keluar syarikat ehailing dari luar negara ini tetapi kerajaan yang memegang kuasa sepatutnya boleh merencanakan strategi untuk meminimakan pengaliran keluar wang negara dengan pelbagai kaedah yang sesuai.
Terima kasih
RA ehailing.fm