Like this:

GPMS dapat 3 surat peringatan dari ROY

3 surat peringatan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) kepada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak diendahkan oleh GPMS Kebangsaan.

Lantaran itu 5 GPMS Negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan hari ini mendedahkan kepada media senario sebenar yang berlaku.

En Mohd Hidayat Pengerusi GPMS Selangor berkata pada 13.6.24 GPMS Kebangsaan telah menghantar satu surat kepada ROY iaitu untuk Permohonan Pengesahan Majlis Tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Penggal 2022/2025.

Katanya lagi pada 16.7.24 pihak ROY telah membalas surat GPMS Kebangsaan dan telah merumuskan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang dilaksanakan pada 23.7.22 adalah MAT 2021 dan Majlis Tertinggi yang dilantik adalah untuk sesi 2021-2024.

Selain itu ROY juga mengarahkan supaya MAT bagi tahun 2024 diadakan bagi pemilihan Majlis Tertinggi sesi 2024-2027.

Tempoh masa 60 hari diberikan kepada GPMS Kebangsaan namun oleh kerana tiada maklum balas daripada pihak GPMS Kebangsaan maka pihak ROY menghantar surat peringatan ke 3 dengan had masa 30 hari diberikan untuk mengadakan MAT.

Seterusnya En Mohd Hidayat juga memperjelaskan bahawa 5 GPMS Negeri sebenarnya tidak mahu melihat GPMS diharamkan kerana adalah tidak adil hanya disebabkan oleh tafsiran sesetengah pihak berkepentingan semata-mata.

Ikuti video penuh di page FB ehailing.fm

Terima kasih
RA ehailing.fm

Gpms Dapat Surat Amaran Dari Roy

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading