Kata dikota apabila pada waktu ini team GV Cars berada di kilang kereta elektrik di negara China untuk meninjau kereta yang mereka janjikan untuk dibawa pulang ke Malaysia bagi digunakan sebagai kenderaan ehailing.
Difahamkan GV Cars iaitu syarikat yang memajukan aplikasi GV RIDE mereka akan membawa masuk tiga varian kenderaan iaitu Micro, Sedan dan SUV.
Jenis sedan akan di buka untuk kegunaan persendian teksi dan ehailing yang akan disewakan secara harian, mingguan dan bulanan kepada pemandu ehailing yang berminat.
Untuk ehailing 60 unit sudah dalam proses dan akan dibuka untuk tempahan kepada pemandu dalam sedikit waktu lagi.
Untuk info lebih lanjut diharap anda bersabar menunggu perkembangan daripada GV Ride dan seperti yang saya maklumkan sebelum ini GV akan beroperasi secara tidak tergesa-gesa namun dengan teratur dalam usaha mereka untuk bersaing di dalam pasaran ehailing negara kita.
Terima kasih
RA Ehailing.fm