Mass Production Civic FL5
---
Di benua belah sana, dealership jual USD60k pun laku keras. Ibarat kita gaji 5k nak beli satria GTI harga 60k lah, mcm itu kemampuan orang belah sana.
Kalau kat sini gaji 25k pun belum tentu mampu nak commit beli FK5 ( 399k ), dan biasanya yang dah cecah 25k ni dah berkeluarga dan sure dah target SUV, contohnya Tiguan R.
Kenapa 25k baru selesa pakai FL 5 ?
1 usd pukul rata bersamaan dengan rm5
Jadi Honda mesti target FL5 di negara yang orang muda dia mampu beli FL5, dah tentu benua US / EUR
Ambil contoh sales figure Mazda :
- RX-8 terjual 2 juta unit ( US / Europe )
- MX-5 terjual 2 juta unit ( 2016 dah lepas 1j )
Jadi FL5 pun nak ikut jugak sales figure tersebut. Dan market yang mampu beli dalam jumlah yang bnayak ialah US / Europe, dan di sana kekuatan jenama Jepun masih #1 dalam carta.
FL5 ni dah kembali ke kilang di Jepun. Dah sama macam zaman FD2R, di mana Type R dihasilkan oleh orang Jepun dan quality control pun dari sana jugak.
Takkan Honda suka suka keluarkan FL5 dalam jumlah yang banyak. Mesti dah buat study dan yakin dengan unjuran yang mereka dah buat.
Jadi mereka melabur untuk buat FL5 dan yakin permintaan akan tinggi dan akan pulangkan balik risiko pelaburan mereka.
Mereka juga berani ambil risiko untuk kekalkan imej Type R, mesti kekalkam guna manual transmission 6 speed.
Kalau saya baca di ruangan komen individu yang mampu beli FL5, mesti akan keluar ayat, kalau auto dah lama dah beli ....
Orang orang macam ini jenis show off aja, tapi kaki bangku
Nasib baiklah Honda Type R tak layan market geng auto tapi nak motorsports
Kilang Honda di UK sebelum ini mengeluarkan model FK8R. Tapi untuk FL8, decision top brass kata kena dibuat di Jepun. Tapi untuk pasaran global.
FL5 ni untuk pasaran global, tak wujud dah JDM only macam zaman FD2R.
Suspensi & ECU ada 3 mode
- comfort
- sports
- R+
Autoblip hanya ada di mode Comfort dan Sports sahaja. R+ , purely manual untuk enthusiasts sahaja, maksudnya autoblip pun disabled.
Dan boleh turn off traction control. Adakah ABS pun boleh turn off ? Itu saya tak sure.
Berat ?
FD2R berat sekitar 1270kg
FD2R Taikyu Edition sekitar 1250kg
FL5 sekitar 1437kg
FK8R lagi ringan 40kg dari FL5
Semasa diuji oleh team Hot Version, stock version hampir clock 1 minit 02 saat
DK clock 1'03 rasanya tapi pakai mode comfort, sebab R+ tak sesuai dengan cara pemanduan beliau.
Nob rasanya yang selesa guna R+. Mode R+ ni ibaray setting asal FD2R stock suspension, memang khas tune untuk main dalam litar lumba sahaja.
Satu lagi feature menarik ialah speaker dalam kereta boleh meniru bunyi ekzos racing, jadi tak perlu nak bisingkan ekzos nak bagi satu taman bangun subuh pulak.
Tapi itulah seni main ekzos kat Malaysia ni pelik sikit, kalau boleh satu kampung kena dengar bunyi ekzos perang dia termasuklah crackle dan letup letup tu.
Versi hardcore dari Mugen ? Ada dah diorang display di TAS24
Mugen dan keluarkan 2 versi khas FL5 tapi kita tunggu Hot Version test model ni di Tsukuba dan Gunsai