Sepasang suami isteri warga emas telah ditemukan maut dipercayai akibat ditikam oleh anak lelaki kandung mereka dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini kira-kira 7 malam semalam.
Dalam pergaduhan itu, suspek (lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.) dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa lalu menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah. Mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.
Polis kemudiannya telah berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beli dashcam harga murah sekarang!!!