Setup live dengan sedarhana, tapi buat sales lebih RM1 Juta dlm seminggu !!!
Ini kisah Rafidah Man, wanita orang asli berusia 26 tahun yang berniaga minyak urut tradisional dengan nama Jungle Girl.
Rafidah sebelum ini pernah viral kerana dengan pendapatan yang diperoleh dari perniagaan ini beliau mampu untuk membina rumah. Ramai yang dah guna Minyak 1001 khasiat Jungle Girl dan memang menjadi !!!
Menggunakan akaun jungle girl di TikTok, sosok bernama Nur Rafidah Man, 26, wanita Orang Asli dari Suku Jahut ini dikatakan berani mengambil keputusan menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau dan kini mampu memiliki jumlah pengikut kira-kira 61,000 orang.
Baru-baru ini, seorang pengguna X telah berkongsi jumlah pendapatan yang berjaya diraih oleh figura wanita tersebut di mana mencecah jutaan ringgit menerusi penjualan produk minyak herba hasil buatannya sendiri.
Di dalam gambar dikongsikan, Jungle Girl mampu menjana pendapatan berjumlah RM1.02 juta dengan sebanyak 29.72K barangan jualan menerusi platform TikTok.
Susulan perkongsian itu, orang ramai meluahkan rasa kagum dengan pencapaian jungle girl yang mampu menjana jutaan ringgit walaupun hanya menggunakan setup yang biasa berlatar belakangan bilik kosong atau beranda di rumah sahaja.
Selain meluahkan keterujaan, pelanggan yang sudah mencuba produknya yang bernama Minyak 1001 khasiat Jungle Girl mendedahkan ia sememangnya mujarab untuk melegakan pelbagai penyakit seperti kelesuan, pening kepala dan sebagainya.
Malah, ramai juga bersetuju jika kalau wanita ini mempunyai karakter yang peramah dan ikhlas sewaktu membuat live sekaligus menarik minat orang untuk menontonnya.
Lebih meyakinkan Minyak ini jugak sudah mendapat kelulusan dari KKM dan selamat untuk pengguna dari peringkat umur. Ramai yang telah beri maklum balas positif.. Orang ramai juga boleh dapatkan minyak jungle di Shopee.