Setelah berjaya mengesan waris mangsa kemalangan maut melibatkan pemandu ehailing dan penumpang beberapa hari yang lalu akhirnya saya mendapat langkah permulaan yang menarik untuk merungkai keberkesanan insuran ehailing.
Sebelum itu insuran ehailing ini terus menjadi bualan para pemandu ehailing kerana kadar bayaran yang tinggi disebalik kesamaran perlindungan yang tertakluk serta belum ada pemandu yang tampil atau bersedia berkongsi pengalaman menuntut tuntutan insuran ehailing ini.
Cuma kepada para pemandu saya harap bersabar kerana waris mangsa belum bersedia untuk berkerjasama kerana perlu menyelesaikan urusan lain terlebih dahulu.
Seperkara lagi saya belum nampak persatuan melibatkan pemandu ehailing 'menguak' dalam kes ini sedangkan amat menarik untuk didalami memandangkan ianya melibatkan kemalangan maut melibatkan pemandu serta penumpang perkhidmatan ehailing didalam satu masa.
Terima kasih
RA Ehailing.fm