Like this:

Insuran E-Hailing / Insuran Harian

Setahun yang lalu saya diberitahu langkah awal telah dilakukan oleh sebuah gabungan berkaitan ehailing untuk memanjangkan isu insuran ehailing ini ke pengetahuan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berkaitan dengan insuran ehailing secara harian yang dilakukan oleh sebuah syarikat ehailing ketika ini.

Insuran ehailing ini adalah merupakan satu insuran yang wajib dibeli oleh pemandu sebelum mereka dibenarkan beroperasi sebagai pemandu ehailing..

Gabungan itu mendapati pemandu ehailing yang membeli insuran ehailing secara tahunan lazimnya tidak memberi masalah kepada mereka untuk mendaftar dengan mana-mana syarikat ehailing dengan menggunakan insuran ehailing tersebut.

Isu timbul apabila pemandu yang membeli insuran ehailing harian ingin mendaftar dengan syarikat lain akan ditolak kerana insuran harian tidak diterima oleh syarikat lain.

Maka atas dasar percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan insuran ehailing ini maka gabungan ini berpendapat tindakan membawa ke pengetahuan MyCC adalah satu langkah yang wajar.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

#GEM#gabunganehailingmalaysia#insuran#insuranehailing

Insuran Harian

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading