Like this:

Insuran ehailing naik lagi
Mendapat makluman daripada saudara Azril atau Black (aktivis ehailing) insuran ehailing bagi beberapa syarikat naik bermula semalam 2.4.24 Langkah yang dilakukan oleh syarikat ehailing ini lebih menyebabkan tekanan hebat kepada pemandu ehailing di saat mereka yang semakin berhadapan dengan pelbagai kesukaran pada waktu ini antaranya kekurangan tempahan, penuruan kadar tambang dan di saat menghampiri ketibaan Hari Raya Idulfitri sedikit waktu lagi. Pada hujung tahun lepas insuran ehailing ini juga telah menggemparkan pemandu ehailing kerana beberapa syarikat insuran telah menaikkan kadar bayaran masing-masing. Sebelum itu insuran ehailing atau dikenali sebagai insuran di dalam insuran ini sering menjadi perbualan di kalangan pemandu ehailing kerana kadarnya dianggap sangat tinggi sedangkan fungsi insuran ehailing tersebut juga diragui keberkesanannya. Selain itu kereta ehailing itu sendiri telah mempunyai insuran kereta biasa dan sudah memadai untuk melindungi kereta, pemandu dan jika perlu ditambah sahaja supaya perlindungannya meliputi kesemua penumpang kereta tersebut. Maka pihak Bank Negara sekali lagi digesa supaya memantau serta bertindak segera terhadap syarikat insuran ini sebagaimana yang telah dituntut oleh beberapa NGO sebelum ini. Terima kasih RA Ehailing.fm #ehailing #phailing #gig #teksi #segim

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading